31 January 2011

SABUN CLEOPETRA RAJAWALI

Merupakan produk hasil kajian intensif seorang sarjana muslim iaitu Dr. Muhammad Shakran Shuhatah dari Mesir , seorang gemologist dan herbalist dari Malaysia Dr Hisham bin Hashim berserta seorang pakar etnologi Dr Hj Manan bin Embong .
Kajian selama lebih dari 30 tahun ke atas mukjizat Nabi Nuh a.s iaitu spesies kayu bahtera dan digabungkan dengan kajian Dr Hisham bin Hashim ke atas konsep garam sunah menghasilkan dapatan yang sangat menakjubkan.

Gabungan amber ( resin / getah ) spesies pine cypress di Banjaran Ararat Turki dan mineral garam kristal yang ditemui di Pergunungan Hunza, Karokoram yang di kedalaman 2000 kaki telah mencetuskan satu fenomena dalam mencerna suatu makna baru dalam konsep makanan seharian yang wajar kita manfaatkan.


KANDUNGAN BAHAN SABUN-CYPRESS RAJAWALI

(1) Minyak Zaitun
(2) Amber Cypress,
(3) Serpai Kulit Cypress,
(4) Madu Yaman
(5) Za’faron,
(6) Lahar Gunung Berapi ,
(7) Mineral Garam Kristal

MENGAPA SABUN - CYPRESS RAJAWALI ?

GABUNGAN 7 BAHAN DI DALAM SABUN CYPRESS KELUARAN BIO-SUNAH , TIDAK SYAK LAGI MERUPAKAN SATU REVOLUSI DI BIDANG KECANTIKAN. SABUN –CYPRESS MERUPAKAN SABUN ‘ Semua Dalam Satu ‘ YANG DIPERBUAT DARIPADA BAHAN – BAHAN ALAMI .
SABUN-CYPRESS MEMPUNYAI ZARA-ZARAH YANG SANGAT HALUS ( SEBAGAIMANA DIBUKTIKAN MELALUI AIR MINERAL GARAM DENGAN MOLEKUL BERTAHAP NANO YANG DIPANGGIL NANO COLLOIDS ) MAMPU MENYERAP JAUH KE DALAM SEL DAN MEMBERSIHKAN SEL-SEL KULIT SERTA MEMBANTU MENYEDIAKAN PERSEKITARAN YANG BAIK UNTUK PERTUMBUHAN SEL-SEL BARU.
7 BAHAN ALAMI DALAM SABUN –CYPRESS SUDAH CUKUP MEMBERIKAN TANDA ARAS BARU KEPADA PENGGUNAAN SABUN DI DALAM BIDANG KOSMETIK BAIK SECARA DALAMAN MAHUPUN LUARAN.

{1} MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun yang mengandungi vitamin E, A, D, dan K sangat penting untuk pertumbuhan tulang dan peningkatan kadar mineral dalam tubuh . Unsur-unsur antioksidan di dalam minyak zaitun beserta kandungan asid lemak seperti asid linoleik, yang sangat penting bagi memperbanyakkan hormon dan sintesis membran sel-sel biologi. Ia menolong memperbaharui sel, serta membantu dalam soal keremajaan kulit serta proses rejuvenasi sel ( anti-penuaan ).

{2} AMBER CYPRESS
Kewujudan amber pokok pine cypress pula sudah dikesan sejak 55 juta tahun dahulu lagi. Ini berdasarkan penemuan fosil Zaman Eocen atau di abad Oligecene yang merupakan tumbuhan pertama yang wujud di muka bumi ini. Amber atau getah dari pokok cypress sangat wangi dan mengandungi pelbagai khasiat. Kajian menunjukkan amber dari pokok pine cypress membantu merawat penyakit tonsilitis, insomnia, demam panas, asma, sakit kerongkong, penyakit hawar ( berjangkit ), sakit mata dan rabun. Amber cypress juga digunakan dalam mandian aura dan meningkatkan kesihatan kulit.

{3} KULIT POKOK CYPRESS
Menjana sel-sel baru secara drastik , menghalang penuaan ( anti-aging ) , menjadi bahan antioksida yang berkesan dalam menentang radikal bebas ( free radical ) dan merawat penyakit kanser. Juga sangat baik untuk merawat masalah rambut gugur dengan cara meminum air rebusan kayu cypress, meningkatkan tenaga dan memperbaiki perjalanan darah di dalam tubuh seseorang.

{4} MADU YAMAN
Madu Yaman dikatakan sebagai madu terbaik dan termahal di dunia. Kombinasi persekitaran padang pasir dan bunga-bungaan dalam persekitaran tersebut menjana khasiat yang sangat tinggi . Sejak berjuta tahun dahulu, Yaman terkenal kerana madunya yang sangat baik dan berkualiti. ‘Erathostenes’ seorang sejarawan, berkata Yaman adalah satu kawasan yang amat subur dan mempunyai tempat-tempat yang sangat sesuai untuk penghasilan madu kerana terdapat pohon ‘Sidr’ dan ‘Sumur’. Madu yang dianggap paling baik adalah yang dikeluarkan dari bunga ‘Sidr’ . Memandangkan khasiat yang sangat tinggi , madu Yaman boleh mencapai harga $US 200 untuk sekilogram.

Menurut seorang sejarawan Mesir al-Maqrizi (meninggal pada 1441H) yang juga merupakan seorang pengarang beberapa perjanjian Arab mengenai penternakan lebah, menyatakan bahawa seluruh Yaman merupakan bumi lebah.Lebah Yaman berbeza dengan lebah dari luar.

Lebah Yaman diklasifikasikan sebagai ‘APIS MELLIFERA YEMENITICA’. Lebah-lebah Yaman ini tidak agresif dan mempunyai saiz badan yang lebih kecil berbanding dengan lebah Eropah, ‘APIS MELLIFERA EROPAH’ yang menzahirkan belang-belang kelabu pada bahagian badan. Ciri-ciri lebah Yaman ini menjadikannya sesuai dengan iklim di negara itu sehinggakan dari tinjauan yang dibuat mendapati lebah-lebah Yaman ini tidak terkena penyakit.
.
Madu Yaman mempunyai kemampuan membunuh bakteria yang paling kuat seperti Methicillin -Resistant Staphylococcus aureus (MRSA) , kajian dilakukan dengan cara menitiskan sedikit madu Sidir ke atas biofilm bakteria di bawah kawalan mikroskop. Bakteria jenis MRSA adalah spesis yang cepat menyesuaikan diri dengan apa jua situasi tubuh manusia mahupun antibakteria yang digunakan pada hari kini, Hasilnya didapati penyelidik berjaya menghentikan proses pembiakan MRSA.

{5} ZA’FARON
Za’faron digunakan dalam bidang kecantikan sebagai vitamin untuk menambah mineral kulit, menghilangkan sel-sel mati, menegangkan kulit muka dan tubuh, mencerahkan kulit muka dan tubuh, awet muda, menghilangkan bau tubuh, serta meningkatkan pencernaan aura dan imuniti tubuh.
Khasiat za’faron dalam bidang kesihatan dan kecantikan tidak dapat disangkal lagi. Ini kerana zafaron memi1iki khasiat tertentu vitamin B1 dan B2 ( riboflavin dan tiamin) , membina daya tahan penyakit dan melancarkan pengaliran darah.

{6} MINERAL GARAM KRISTAL
Mineral garam kristal yang dijumpai di Pergunngan Karakoram dan digali sedalam 2000 kaki adalah merupakan garam mineral terbaik di dunia dengan mengandungi 84 – 96 mineral. Mengikut maklumat yang diperolehi garam bukit ini adalah satu-satunya berstruktur geometrik pernah ditemui . Antara warna yang biasa didapati adalah putih, pink dan oren kemerah-merahan . Lagi tinggi kesempurnaan geometri garam makin tinggi nilainya. Struktur kristal yang seimbang menunjukkan jalinan yang baik, tiada bayangan atau bahagian kasar. Kristal tidak terpisah dari jejak unsur mineral ( 84 ) tetapi saling bersambung dalam keadaan sekata . Ini memberitahu kita bahawa kandungan tenaga dalam bentuk mineral adalah seimbang dan mudah diproses oleh badan kita.Kristal ini penuh dengan kehidupan . Kalau diambil sebagai makanan ia akan memberi kesan tenaga mutlak pada badan . Hasilnya memberi keuntungan kepada badan dan tidak kehilangan tenaga .

{7} LAHAR GUNUNG BERAPI
Lahar gunung berapi mempunyai 70 mineral di dalam kandungannnya.. kekuatan mineral ini adalah lebih kurang air zam zam dan madu yang banyak digunakan dalam kaedah perubatan alternatif.Lava ini juga turut menghasilkan tenaga alam yang dipanggil tenaga skalar yang paling kuat di muka bumi.. tenaga skalar ini mampu mengembalikan semula tenaga kepada badan dan memastikan badan kita sentiasa bertenaga. tenaga skalar ini yang turut dipanggil healing energi juga mampu mengoptimumkan kesihatan tubuh badan kita kerana ia bertindak untuk melancarkan perjalanan darah, merawat sel-sel serta melindungi DNA, menghapuskan virus/baktria, membuang toksin di dalam badan, melawan sel kanser, menambahkan fokus minda..

KEBAIKAN KHUSUS SABUN CYPRESS RAJAWALI
1. MENGHILANGKAN BINTIK-BINTIK HITAM.
2. MENAIKKAN AURA SERI PADA WAJAH
3. MENINGKATKAN KELEMBAPAN DAN MINERAL PADA KULIT
4. MENYEIMBANGKAN TONA KULIT
5. MENGAWAL MASALAH JERAWAT ,JERAGAT DAN PIGMENTASI.
6. MEMBANTU PROSES KESEIMBANGAN PH KULIT
7. MENGHALUSKAN KULIT DENGAN CARA MENGECILKAN PORI-PORI KULIT
8. MENGURANGKAN KESAN PARUT YANG TERDAPAT PADA KULIT
9. MEMBANTU PERAWATAN KES PSORIASIS , ECZEMA DAN SELULIT.
10. MENINGKATKAN KEANJALAN KULIT DAN MERUPAKAN SABUN ANTI-PENUAAN.

CARA PENGGUNAAN SABUN CYPRESS RAJAWALI
Untuk Sapuan Setempat
Basahkan hujung jari anda - (buangkan air berlebihan)
1. Gosokkan sabun di tangan/jari untuk mendapatkan buih.
2. Sapukan buih sabun di tempat seperti jerawat, eyebag, parut atau tempat yang hendak dirawat.  (Cadangan: Gosok dengan lembut selama 10 saat untuk memastikan buih meresap ke dalam kulit.)
3. Biarkan selama lebih kurang 2 minit dan bilas.
4. Jangan lap dan biarkan kering sendiri.
5. Kekerapan : 2 kali sehari

Untuk Sapuan Serata
Basahkan tapak tangan - (buangkan air berlebihan)
1. Gosokkan sabun di tapak tangan untuk mendapatkan buih.
2. Ratakan buih.
(Cadangan: Gosok dengan lembut dalam 10 saat untuk memastikan buih meresap ke dalam kulit.)
3. Biarkan selama lebih kurang 2 minit dan bilas.
4. Jangan lap dan biarkan kering sendiri.
5. Kekerapan : 2 kali sehari

1 comment:

  1. MEGAWAYS Casino & Hotel - JTM Hub
    MEGAWAYS Casino & 구미 출장마사지 Hotel. 경상남도 출장마사지 3131 South Central Avenue. Uncasville, CT 06382. The 포항 출장샵 MEGAWAYS Casino & 양주 출장안마 Hotel offers fun gaming, luxury 제주 출장마사지 hotel rooms,

    ReplyDelete