31 January 2011

BIO-EYE RAJAWALI

Bio-Eye merupakan produk hasil kajian intensif seorang sarjana muslim iaitu Dr. Muhammad Shakran Shuhatah dari Mesir , seorang gemologist dan herbalist dari Malaysia Dr Hisham bin Hashim berserta seorang pakar etnologi Dr Hj Manan bin Embong .

Kajian selama lebih dari 30 tahun ke atas mukjizat Nabi Nuh a.s iaitu spesies kayu bahtera dan digabungkan dengan kajian Dr Hisham bin Hashim ke atas konsep garam sunah menghasilkan dapatan yang sangat menakjubkan.
Gabungan amber ( resin / getah ) spesies pine cypress di Banjaran Ararat Turki dan mineral garam kristal yang ditemui di Pergunungan Hunza, Karokoram yang di kedalaman 2000 kaki telah mencetuskan satu fenomena dalam mencerna suatu makna baru dalam konsep makanan seharian yang wajar kita manfaatkan.

Mengapa Mata ?
Firman Allah swt:
“Dan sesungguhnya orang-orang kafir hampir menumbangkan dan memusnahkan mu dengan kuasa mata mereka ketika mana mereka mendengar bacaan Al Quran mu. Mereka juga berkata : Sesungguhnya Muhammad adalah orang gila.” (51 : al-Qalam)
Ibnu Kathir berkata:
“Ayat ini adalah sebagai dalil kepada kuasa dan kesan mata adalah benar dengan izin Allah “


Nabi saw bersabda:
Maksudnya: “Kuasa mata adalah benar, kalaulah ada yang mendahului ketetapan Allah, nescaya kuasa mata yang mendahuluinya.” (Hr Muslim –sahih)


PENYAKIT – PENYAKIT MATA
* Presbyopia (Rabun Dekat)
Penyakit ini adalah perubahan yang paling biasa berlaku di mana seseorang yang meningkat usianya kehilangan keupayaan untuk melihat dari jarak dekat.
Mekanisme memfokus mata pesakit sebegini telah menjadi semakin lemah sementara jalan penyelesaian paling mudah untuk masalah ini adalah dengan penggunaan ‘cermin mata membaca’ dari pakar mata.

* Katarak
Kira-kira 50 peratus daripada mereka yang mencecah usia 70 tahun akan mendapat katarak. Katarak adalah pembentukan kekeruhan pada kanta asal mata pesakit yang berlaku secara berperingkat dan semakin teruk.
Kebanyakan katarak tidak perlu dibuang selagi ia tidak mengganggu penglihatan pesakit. Menukar cermin mata juga hanya membazirkan wang kerana tidak dapat memulihkan masalah ini.
* Diabetes
Tiada siapa dapat memastikan jumlah sebenar pesakit yang menderita akibat diabetes. Namun dianggarkan lima peratus daripada golongan melebihi usia 50 tahun telah dikenalpasti menghidap diabetes sementara lima hingga 10 peratus lagi masih belum dikesan.
Penyakit ini menyerang dengan senyap dan merupakan ‘pembunuh’ berbahaya kerana pesakit mungkin hanya menunjukkan sedikit simptom sehinggalah kebanyakan daripada organ dan tisu badan telah rosak teruk. Pengurusan penyakit ini secara klinikal juga tidak berkesan dan amatlah diharapkan semua pihak dapat menumpukan lebih banyak sumber dalam menguruskan ‘bom masa’ ini.
* Kemerosotan makular berkaitan dengan usia (ARMD)
Masalah ini merupakan satu-satunya punca utama individu di dunia Barat menghadapi gangguan penglihatan yang serius. Walaupun terdapat kaitan genetik yang memainkan peranan dalam pembentukan ARMD, amalan pemakanan juga memainkan peranan yang besar. Memandangkan diet harian di negara ini semakin mengikut gaya pemakanan Barat, bilangan pesakit ARMD di Malaysia juga dilihat semakin meningkat.
Masalah ini menyebabkan kawasan pusat retina yang sensitif menjadi kecut dan kadangkala ia berlaku dengan pantas dan amat membimbangkan. Retina merupakan bahagian mata yang membentuk imej yang dilihat dan akibat ARMD, imej pertengahan yang tajam menjadi semakin kabur serta tidak jelas, dan akhirnya menjadi kabur sepenuhnya.
* Glaukoma
Masalah yang seringkali terlebih diagnosis tetapi kurang difahami ini (walaupun di kalangan pakar mata), menyebabkan kematian pramatang saraf optik yang menghubungkan mata ke otak. Keadaan ini selalunya berlaku secara berperingkat tetapi pesakit mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom sehinggalah kerosakan pada saraf tersebut tidak dapat diperbaiki lagi.
PENGKISAHAN MUKJIZAT NABI NUH A.S.
Pastinya kita masih ingat tentang suatu pengkisahan berkaitan mukjizat Nabi Nuh as dalam tempoh waktu Baginda membangunkan bahteranya. Kisah seorang Yahudi yang buta matanya dan mengejek-ejek Baginda . Dalam senggang waktu itu, Yahudi buta tersebut tiba-tiba terjatuh di dalam najis sehingga matanya yang buta dapat melihat kembali.
Situasi ini kepada mereka yang tidak mahu berfikir hanya menyatakan ianya adalah mukjizat semata-mata. Namun kepada mereka yang mempunyai rahsia di dalam FIKIR DAN ZIKIR melihat ini bertunjangkan asbab. Profesor Muhammad Shakran Shuhatah yang mengkaji lebih dari 30 tahun berkaitan bahtera Nabi Nuh as mempunyai jawapan yang sangat identik dengan kisah Yahudi buta yang kembali melihat ini.
Kandungan fitokimia asli di dalam spesies kayu bahtera ini merupakan ramuan paling mujarab dan memulihkan mata Yahudi yang buta itu di dalam sekelip mata. Ramuan ini masih Allah SWT kekalkan di dalam spesies ini hari ini walaupun secara farmakologinya mungkin sudah agak sedikit berbeza dengan spesies asal. Melalui satu kajian yang sangat panjang dan sulit , Profesor Muhammad Shakran menemukan satu dapatan yang sangat mengkagumkan. Ramuan rahsia ini masih boleh dimanfaatkan oleh kita pada hari ini untuk menyelesaikan masalah-masalah kesihatan terutama berkaitan dengan MATA. Kandungan beberapa kimia aktif seperti pycenogenol dan monoterpenes serta beberapa jenis lagi yang sengaja dirahsiakan ( untuk tujuan paten kajian ) , telah memberikan manfaat yang bukan sedikit dalam membantu memulihkan hampir keseluruhan masalah berkaitan dengan mata.

KANDUNGAN BAHAN BIO-EYE RAJAWALI
1. Air Zam-Zam
2. Ekstrak Amber Cypress
3. Madu ,
4. Mineral Garam Kristal

KEGUNAAN BIO-EYE RAJAWALI
. Memulihkan masalah kerabunan
. Menghilangkan selaput mata
. Merawat masalah mata berair
. Menghilangkan masalah mata kering
. Merawat mata merah
. Mengurnagkan silau silau
. Merawat gatal pada mata
. Merawat Glaucoma
. Merawat Ketarak (Selaput Dalam Mata)

NOTA: Penggunaan BIO-EYE RAJAWALI secara berkala mampu mengurangkan ‘power’ cermin mata , memperbaiki saraf mata yang mengalami masalah dan menghapuskan bakteria di dalam mata.

MASALAH HIDUNG
. Merawat gatal hidung @ Resdung
. Mencegah tersumbat hidung
. Meredakan bersin


MASALAH TELINGA
. Merawat gatal telinga
. Merawat telinga bernanah
. Merawat telinga berdengung

MULUT
. Merawat ulser mulut


CARA PENGGUNAAN
Semburkan BIO-EYE RAJAWALI di tempat bermasalah tadi 2 kali sehari ( PAGI DAN MALAM ) . Untuk kes kronik boleh digunakan 3 - 4 kali sehari.

4 comments:


  1. Produk yang menarik untuk merawat katarak atau selaput mata. Katarak boleh disebabkan oleh faktor usia dan faktor sekunder iaitu penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi. Untuk mencegah katarak, mata perlu dijaga dari awal kerana proses pembentukan selaput pada kanta mata adalah satu proses yang perlahan dan berterusan. Bagi mencegah katarak, seseorang yang berisiko tinggi digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang kaya dengan Vitamin C, beta-carotene dan Vitamin E. Selain itu, bagi mereka yang menghidap penyakit-penyakit kronik, kawalan penyakit itu sangat penting. Merokok dan pengambilan minuman keras juga tidak digalakkan kerana ia boleh mengurangkan kandungan air di dalam kanta dan menyebabkan kanta menjadi kering dan tidak kenyal.

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan

    Bagaimana cara untuk mendapatkan produk ini dan berapa harganya.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan

    Bagaimana cara untuk mendapatkan produk ini dan berapa harganya.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan

    Bagaimana cara untuk mendapatkan produk ini dan berapa harganya.
    Terima kasih

    ReplyDelete