31 January 2011

BIO-SUNAH RAJAWALI


Merupakan produk hasil kajian intensif seorang sarjana muslim iaitu Dr. Muhammad Shakran Shuhatah dari Mesir , seorang gemologist dari Malaysia Dr Hisham bin Hashim berserta seorang pakar etnologi Dr Hj Abd.Manan bin Embong .

Kajian selama lebih dari 30 tahun ke atas mukjizat Nabi Nuh a.s iaitu spesies kayu bahtera dan digabungkan dengan kajian Dr Hisham bin Hashim ke atas konsep garam sunah menghasilkan dapatan yang sangat menakjubkan.

Gabungan amber ( resin / getah ) spesies pine cypress di Banjaran Ararat Turki dan mineral garam kristal yang ditemui di Pergunungan Hunza, Karokoram yang di kedalaman 2000 kaki telah mencetuskan satu fenomena dalam mencerna suatu makna baru dalam konsep makanan seharian yang wajar kita manfaatkan.

SATU PENEMUAN YANG MENGEJUTKAN

Kajian Prof. Mohammad Shakram berkaitan makanan sunnah menemukan dapatan yang sangat hebat. Khasiat dalam zat pemakanan sekaligus mengandungi rahsia terapi penyembuhan yang luar biasa impaknya. Kajian beliau menemukan dua bahan asas yang dimasukkan dalam ubat-ubatan Barat yang bernilai tinggi tapi sengaja dirahsiakan mereka iaitu GARAM MINERAL (Hunza) dan AMBER POKOK PINE CYPRESS. Garam mineral Hunza ini bukan garam biasa sebaliknya mempunyai mineral antara 84 – 96 mineral yang sangat bernilai untuk tubuh badan . Garam ini menjadi booster kepada terapi penyembuhan. Mungkin kita ingat akan sunnah Nabi saw supaya memakan garam sebelum dan selepas setiap kali kita makan. Dari Ibnu Abbas , Baginda RasululLah SAW bersabda maksudnya:
‘ Barang siapa yang memulakan makan dengan memakan secubit garam, maka Allah akan menghindarkan 330 jenis penyakit dan yang paling ringan adalah gila, kusta, sakit perut, gigi dan yang bakinya hanya Allah jua mengetahuinya ‘

Begitu juga dengan amber (getah/resin) pokok pine cypress : kajian Prof menunjukkan bahawa kayu spesies ini mendekati hampir 98% dari spesies Bahtera Nuh . Tentu kita masih ingat tentang Yahudi yang terjatuh dalam najis di dalam bahtera hingga matanya yang buta melihat kembali . Bila dirungkaikaji oleh Prof. Didapati bahawa pada serat kayu ini mengandungi antioksida, phcynogenol , monoterpenes dan kandungan kimia alpha cellulose yang sangat penting dalam terapi penyembuhan. Gabungan ketiga bahan ini didapati sangat berkesan untuk meningkatkan sistem imuniti , penawar untuk kanser , ulser , kencing manis , penyakit buah pinggang , radang paru-paru , penyakit mata ( katarak dan rabun) , masalah pundi kencing , lemah tenaga , athritis rheumatoid , sembelit, darah tinggi dan rawatan jantung. Kajian tentang nilai terapeutiknya telah dibahas panjang lebar oleh Roger Dobesan dalam bukunya dengan mengakui bahawa kimia herba jenis phcynogenol dan aktiviti fitokimia menjadikan bahan ini sangat ajaib kesannya dalam perubatan.

BAHAN-BAHAN BIO-SUNAH
AMBER ( GETAH ) POKOK CYPRESS
BUAH POHON CYPRESS
DAUN POHON CYPRESS
AKAR POHON CYPRESS
ZA’FARON
MINYAK ZAITUN ( GRED A )
HABBATUS SAUDA ( GRED A )
DELIMA ULAS 1000
MADU YAMAN
TAMAR PUTIK
GARAM HUNZA 84 MINERAL
KULAT SUSU HARIMAU
BUAH TUNJUK LANGIT
HERBA - HERBA TERPILIH
AIR ZAM-ZAM

Gabungan dan sintesis kandungan BIO-SUNAH ® sangat menakjubkan. Kajian Profesor Shakran menunjukkan tindakan penyembuhan yang sangat cepat apabila bahan pemakanan sunah , herba terapeutik timur , amber pokok pine cypress dan mineral garam kristal Hunza dikombinasikan.

Selain itu : remedi ini juga memasukkan bahan-bahan terapeutik lain seperti za’faron , minyak zaitun ( Gred A ) , minyak habbatus sauda ( Gred A ) , Madu Yaman , Delima 1000 dan lain-lain rempah ratus . Manfaat za’faron sudah meluas diperkatakan di seluruh dunia dan nilai za’faron Iran ( Gred A+) sahaja boleh mencecah US$40,0000 sekilo . Delima 1000 hanya ada dua tempat di dunia iaitu di Taif dan di Baghdad. Kesan perubatan delima ini sangat hebat. Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Pasti ada keistimewaan tersendiri.

Remedi ini mengandungi 7 dari 8 makanan yang diiktiraf paling berkhasiat dan paling ajaib di dunia iaitu buah zaitun, habbatus sauda,air zam-zam, delima, tamar , za’faron dan madu . Sudah sewajarnya kita ummat Islam kembali kepada sunnah Baginda Rasulullah saw dalam setiap aspek : Baginda saw diberitahu oleh Allah swt rahsia penciptaan manusia dan rahsia pembinaan sel dari tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan . Kita sudah lama terperangkap dengan ubat-ubatan dan remedi Barat dan musuh-musuh agama : sekarang masa untuk kembali merenung dan merungkai khazanah dari gedung peninggalan Baginda Rasul saw dengan jalan mengkaji sunnah Baginda saw. Justeru : kami tampil untuk memberikan sedikit sumbangan hasil kajian seorang Prof selama 20 tahun dalam bidang ini. insyaAlLah.
Di dalam Kitab Tibb An-Nabawi (Perubatan Nabi) menghuraikan dengan panjang lebar khasiat bagi setiap Makanan Sunah ini.
Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menyembuhkan radang kerongkong.Kajian oleh Prof.Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM menyatakan; “ Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat”.Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Ia meransang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
Minyak Zaitun : Rasulullah bersabda: “ Minumlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati ” Minyak zaitun boleh juga mengatasi racun, melapangkan perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban dan merendahkan kandungan kolestrol dalam badan.
Za’faron : Dalam kitab perubatan karangan Abdul Latif ‘Asyur menyebut tentang Za’faran iaitu sejenis tumbuhan ubat yang terkenal dan diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina.Saidina Ali pernah menyatakan; “Sesiapa yang mengambil sebahagian za’faron tulen dan su’di satu bahagian dicampur dengan madu diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir”
Habbatus Sauda’ : Khasiat Habbatus Sauda’ di ketahui melalui Hadis yang sangat masyhur dalam perubatan Islam. Rasulullah bersabda; “ Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)”. Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

KHASIAT BIO-SUNAH

[ 1 ] Menjana ‘ Kilang Tenaga Mitokondria ‘
Meningkatkan aktiviti mitokondria. Mitokondria merupakan kilang tenaga bagi sel-sel badan dan menjana sebahagian besar tenaga yang diperlukan oleh badan. Setiap sel mengandungi 200-5000 mitokondria. Fungsi mitokondria memberi kesan kepada hampir semua proses penting sel. Kajian di UC Berkeley menunjukkan “Lebih 200 jenis penyakit yang diwarisi telah dikaitkan dengan gangguan fungsi mitokondria termasuk kebanyakan penyakit tua seperti Alzheimer, Parkinson, Diabetes, Kanser, penyakit jantung dan Angin Ahmar”. Aktiviti mitokondria dapat mencegah penyakit, anti penuaan dan memperbaiki sel-sel badan. Herba Bio-Sunah mempertenagakan semula ‘loji mitokondria’ di dalam badan seseorang sekaligus memperkasakan imuniti seseorang.

[ 2 ] Meningkatkan Aktiviti Anti-Oksida
Herba Bio-Sunah mengandungi bahan dari pokok cypress yang mengandungi monoterpenes. Di dalam pokok cypress dikatakan terdapat hingga 54% monoterpenes. Bahan ini dikatakan sangat bermanfaat untuk sel otak , menambahkan ingatan ( memori ) , anti-kanser dan masalah kekurangan zat makanan. Monoterpenes dikatakan sebagai super antioxidant yang memainkan peranan yang sangat besar sebagai bahan anti-kanser. Bahan yang sama juga terdapat di dalam sayur brokoli. Monoterpenes juga mampu mengatasi masalah insomnia ( masalah gangguan tidur ).

[3 ]. Herba Bio-Sunah juga digunakan sebagai penawar untuk penyakit gigi, barah gusi, kencing manis serta berupaya merawat ulser dan penyakit buah pinggang.

[ 4 ] .Herba Bio-Sunah boleh digunakan untuk merawat penyakit akibat serangan angin ahmar seperti mati sebelah badan, merawat demam, kancing gigi, penyakit kuning, buasir, sembelit dan masalah pundi kencing termasuk masalah prostat

.[5 ] Herba Bio-Sunah memiliki ramuan untuk rawatan penyakit sendi (athritis & rheumathoid ) yang terbaik disamping memulihkan penyakit asma kerana kemampuannya bertindak mengeringkan paru-paru yang bersifat basah.

NOTA:
Kesan penyembuhan selepas memakan makanan sunah ini agak DRASTIK dan ini TIDAK MUSTAHIL kerana material makanan sunah CEPAT menembusi LAPISAN SEL melalui terapi nano sehingga mencapai kehalusan sub-atomic particles untuk memberi impak segera kepada peningkatan tahap kesihatan seseorang. Proses detoksifikasi seperti membuang air kecil dan perpeluhan yang agak kerap adalah reaksi segera yang berlaku kepada mereka yang baru memulakan makanan sunah ini.Jika proses detoksifikasi ini berlaku , ia menandakan organ-organ penting anda mula ( masih ) ‘bekerja’ dengan baik untuk menyelaraskan sistem tubuh anda.

‘ DAN BILA KU SAKIT DIALAH YANG MENYEMBUHKANKU ‘
( Asy Syu’araa : 80 )

CARA MAKAN : 1 BIJI SEHARI UNTUK PENYAKIT BIASA
                              2 BIJI SEHARI UNTUK PENYAKIT KRONIK

No comments:

Post a Comment